issue.photo.music

Friday, October 29, 2010

stop provoking..

salam..

perlawanan yang sekian lama dinantikan telah tiba. tahun ini, final piala malaysia sekali lagi menemukan finalis tahun 2009 iaitu negeri sembilan dan kelantan. sana-sini berita tentang perlawanan yang boleh dikatakan bakal sengit dengan tiket yang habis terjual dalam masa yang sangat singkat menghangatkan lagi suasana sebelum perlawanan.

namun dalam kerancakan media berkata-kata tentang perlawanan tersebut, ada dikalangan segelintir mereka menghangatkan suasana perlawanan dengan provokasi-provokasi yang boleh dikatakan sengaja mencetuskan suasana tegang dan hangat yang negatif. tidak dapat dinafikan bahawa manusia harus belajar dari kesilapan masa lalu tetapi tidak bermakna kesilapan itu harus digunakan untuk mencetus satu lagi kesilapan. seharusnya dan sewajarnya media lebih menfokuskan kepada persiapan ataupun apa sahaja ulasan lain yang bersifat positif. 

ulasan media juga banyak berkisar tentang satu pihak tanpa mendapat pandangan daripada kesemua pihak yang terlibat. sememangnya banyak kesilapan yang pernah dilakukan oleh peminat-peminat dan penyokong kelantan, tetapi perlu diingtkan. kes-kes yang sama juga turut mencemari perlawanan-perlawanan lain yang tidak melibatkan negeri kelantan. satu lagi perlawanan piala malaysia yang ada disiarkan di kaca televisyen sebelum ini terpaksa dihentikan selama lebih kurang 10minit kerana kehadiran serpihan besar batu bata yang dilempar oleh penonton. bukan ingin membuka kesilapan manusia tetapi penilaian yang lebih telus dan adil adalah harus dalam mempersoalkan sesuatu isu. 

adalah lebih baik menceritakan tentang aspek-aspek lain di dalam permainan bola sepak daripada terus-menerus mempersoalkan isu yang boleh mencetus dan memprovokasi situasi yang pasti akan meninggalkan kesan negatif dalam kancah bola sepak negara.

wassalam..

look for good story, not only good sales.. - annoy-me-most

4 comments:

  1. dah nama lagi wartawan..takde keja kena cari keja..takde cerita kena buat cerita..

    ReplyDelete
  2. masalah nyer, mcm nk provoke.. dh la ulasan berat sebelah.. org kdg2 xdop pon nak buat, tp sbb provoke, jadi.. nk wujud kn pmikiran kelantanofobia kot..

    ReplyDelete
  3. haha, lek r bro... follow blog aku.. se7encolourrainbow.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. hehe.. xmarah ngan mana2 negeri or pihak.. just disappointed ngan media.. anyway, great game! lupe lak ko org nogri~

    ReplyDelete